29 November 2011

Zaman Sekolah Menengahku...

dengan keputusan UPSR yang xseberapa, xdapat la aku meneruskan pelajaran ke sekolah berasrama penuh
oke. aku memang sedih mase tu. 
aku cume ditawarkan ke kelas arab di sebuah sekolah menengah yang agak terkenal di daerah Ledang dan Muar, iaitu 
SMK Tun Mamat
oke. kelas ni xdela sepopular cam sekolah2 maahad di serata johor, tapi konsepnye same, belajar bahasa arab dan agama disamping subjek2 teras dan sains. 
aku dimasukkan ke kelas 
1KAA a.k.a kelas aliran agama
awal tahun lagi, semua pelajar2 KAA di serata johor dikumpulkan di daerah Muar, di Sekolah Tinggi Muar
oke. hampir 2000 pelajar dikumpulkan mase tu. ramai wooo. 
dan daripada 2000 pelajar tu, hanya 150-200 sahaja pelajar lelaki yang ada, termasuklah aku. oke, laki memang sikit. huhu.
1KAA. songkok xpernah tinggal di atas kepala aku. songkok itu wajib bagi aku mase tu.
excited sikit masa belajar tu, coz ada persaingan yang sehat lam kelas tu.
walaupun sumenye bumiputera, xd bangsa asing.
aku xpopular kot mase tu. junior la katakan.
so, we must watch and learn only
oke. fullstop.

2KAA. bakat aku lam pelajaran mula dikesan. aku sangat mahir lam subjek BM, MATH dan SEJ. subjek hardcore la sume ni. cikgu2 MATH sume da kenal aku, coz kemahiran aku lam mencongak tanpa menggunakan kalkulator. aku juga menang pertandingan SUDOKU mase tu. walaupun aku lagsung xde basic mase tu. aq dijadikan peserta bidan terjun jek mase tu.
tapi rezeki Allah ada dimana2. aku menang.
Alhamdulillah.
mase ni gak aku mula berjinak2 gan persatuan bola sepak sekolah aku.
aku rajen datang padang sekolah setiap petang tuk berlatih main bola bersama senior.
oke. aku dapat macam2 pengalaman dan tunjuk ajar daripada diorang sume.
time kaseh abang2 bola sume.

3KAA. mase taun ni la zaman kegemilangan aku bermula. 
geli la weyh. uwerkkk!
aku menjadi famous di kalangan cikgu2 di bilik guru. mungkin sebab bakat aku lam pelajaran atau aku yang mungkin terlalu nakal. hanya Allah jek yang tau. heee. kowg yang baca cite ni pun mesti tau aku camne kan. hahaha!
mase ni, aku semakin gilakan bola. 
aku memang lari laju, dan aku sangat suke mengawal bola.
jadik dengan sume kriteria2 sume tu, 
aku terpilih mewakili sekolah aku lam sukan bola sepak, bawah 15.
oke. aku bangga mase tu weyh. 
tapi sekolah aku bukanlah kuasa besar lam bola sepak di daerah Ledang mase tu.
aku ingat lagi. sekolah aku layak gi semi final.
tapi bertemu dengan sekolah projek bola sepak.
SMK Tunku Mahmud Iskandar. player diorang terer2.
tapi dengan izin Allah, sekolah aku menang 1-0 mase tu.
sekolah aku menang naseb jek mase tu
tapi aku xkesa, yang penting menang kan.
sekolah aku layak gi final.
jumpa SMK Bukit Gambir, sekolah aku menang 3-0.
Alhamdulillah. sekolah aku jadik pemenang tahun tu.
keputusan PMR aku, seperti biasa, hanya sederhana.
tidak dapat straight A. hanya 5A 4B. huhu. sedih lagi.

oke. aku ditawarkan ke Sekolah Sains Muar, shortname, SAMURA.
tapi aku tolak, coz ada 3org ustaz mintak aku kekal.
Ust. Alias, Ust. Hanafi dan Ust. Razali. oke.
aku pelajar fevret diorang kot. geli la apit weyh. hahaha.

4KAA. jumlah pelajar KAA di sekolah aku daripada 200 pelajar telah berkurang kepada 35 orang. aku masih lagi bertahan. masa ni, subjek makin hardcore.
lau dulu aku belajar arab komunikasi jek. tapi skang aku belajar 
arab tinggi, syariah islamiah,
al-quran dan sunnah, biology, physics dan chemistry.
oke. memang pecah kepala aku mase tu. wuuu. 
aku amek 12 subjek tuk hadapi SPM. tapi aku gagahkan diri gak.
coz Amalina leh dapat 17A1 mase tu,
xkan aku nak mengalah kot.
xlelaki la kan. heee. mase ni, aku telah dilantik menjadi pengawas. 
bangga lagi kot.
aku main bola lagi tuk sekolah aku. dan sekolah aku menang bola sepak bagi kategori bawah 18 tahun. dan aku terpilih menjadi pemain daerah Ledang untuk bermain di peringkat negeri Johor. 
di sini, aku banyak jalan2 serata Johor. tapi sampai hari ni, aku maseh xsampai lagi Mersing. tu yang aku terkilan sangat tu. huhuhu.
di penghujung form 4, kaki aku patah gara2 ditackle ketika bermain bola.
oke. jujo aku cakap, aq memang berdendam dgn orang tu.
kaki aku patah, ketika seminggu lagi nak puasa.
tapi skang aku da maafkan die da.
xde faedah pun nak simpan dendam gan orang laen. 
anda sume setuju x?

5KAA. penghujung zaman sekolah menengah aku. aku telah dilantik menjadi 
ketua pengawas 
tuk sekolah aku. tugas yang sangat besar tuk aku.
bermacam2 aktiviti kepimpinan aku hadiri. pelbagai 
seminar kecemerlangan aku pergi. oke. aku sangat aktif mase ni. paling sedih, aku xdapat wakil bola tuk sekolah aku lagi.
coz keadaan kaki aku yang maseh berada di bawah pemerhatian doktor.
jika kaki aku patah sekali lagi, kaki aku xdapat diselamatkan lagi. oke. 
aku memang sedih gan statement tu
mase form 5 ni, aku wakil sekolah aku lam kuiz MATH. oke, aku menang.
Alhamdulillah. aku berjaya sampai ke peringkat kebangsaan.
aku wakil Johor, bersama seorang lagi peserta perempuan daripada 
SMK Tun Fatimah, Johor Bahru. nama die Nurul Aminah.
die baik, tudung labuh. aku respek kat die. 
oke. fullstop.
aku xnak apply kolej matrikulasi mase ni. coz aku xminat tuk belajar kat situ.
kawan2 aku yang len sume apply.
dan keputusan SPM aku tidakla memberansangkan.
aku cuma mampu memperolehi 5A 7B. dan arab tinggi aku cume B3 jek.
so, aku xdapat nak melanjutkan pelajaran ke luar negara, iaitu Mesir.
coz aku target aku nak belajar di sana.
sesiapa yang dapat A1 lam arab tinggi mase ni, berpeluang gi belajar kat Mesir nun.
fine. xde rezeki. huhu.

ni la serba serbi kehidupan aku di sekolah menengah. 
dan lepas aku tamatkan pelajaran di sekolah menengah, 
aku terus berubah ke karakter yang lain.
 kerana aku down. down sangat. sampai skang.


8 November 2011

Zaman Sekolah Rendahku...

aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Tangkak... (dulu Sekolah Perempuan Tangkak)
aku ingat lagi, semua mak ayah kawan2 ku, menunggu di luar kelas...
tapi aku berbeza... aku menyuruh mak ayah aku balik ke rumah...
aku segan untuk belajar sekiranya mereka ada di tepi kelas...

aku masuk ke dalam kelas 1 Berlian... kelas no 1 taw ni... 
guru kelas aku, Cikgu Raja Jaafar, merangkap guru English...
dia memang anti aku agaknya... aku selalu kena marah oleh dia...
that's why I hate English until today... hehehe...

aku kerap mengganggu pelajar2 perempuan...
mengurat... siulan 'peeewiit' terhadap mereka semua...  tu dianggap normal...
budak nakal la katakan...
time rehat jek, aku bersama Zharif Azman dan Suhaimi Abu Bakar...
akan main kejar2... berlari2 la ktowg lam 1 sekolah tu...
bile naik rehat jek... berpeluh2 kami bertiga...  macam2 yg kami bertiga lakukan sepanjang kami berkawan...
hujung tahun, aku dapat no 1... beriya2 aku ajak mak ayah aku g majlis penyampaian hadiah tu...
hepi kot...

darjah 2... 2 Berlian... mase tu, kami suke main nyorok2...
lebih2 lg kt tandas buruk blakang kelas tu...
seram weyh lau diingatkn semula... hahaha...
masa darjah 2, aku dapat no 2... sedih masa tu wooo... 
aku nak hadiah no 1 tu...

kami bertiga bersama sehingga ke darjah 3... 3 Berlian...
permainan popular kami masa itu, bukan kejar2... kami updated ok...
ting-ting dan main pemadam... tu game yg famous mase tu...
Cikgu Norbiah... cikgu matematik yg sgt garang...
pada umur 9 tahun, aku sudah mampu menghafal sifir 1 hingga 12... 
congak2 jek... masa dulu ada PTS...
drpd 40+ pelajar, hanya 19 jek yg terpilih...
aku di antaranya...bangga weyh...
aku cuma dapat no 4 masa darjah 3 tu...

disebabkan aku xperform masa PTS tu, aku xdapat nk lompat terus ke darjah 5...
aku masuk la darjah 4... 4 Berlian lagi... aku pegang jawatan pustakawan masa tu...
best gak duduk lam library sekolah aku tu... ada air-cond...
canggih wooo... masa tu, jawatan aku tinggi gak la...
Naib Ketua Pustakawan... masa penyampaian sijil tu, aku ajak mak ayah aku lagi...
aku suka kalau mak ayah aku gembira...

Darjah  5, dan seperti biasa, 5 Berlian... kepimpinan aku yang cemerlang lam menguruskan perpustakaan, telah mengikat hati guru2 disiplin kat sekolah aku... ceh... :P
aku ditawarkan jawatan pengawas... aku bangga masa tu...
aku aktif di dalam pelajaran serta koko...
aku aktif di dalam aktiviti bola... dan juga pengakap... 
tak lupa jugak, aku turut mewakili sekolah aku lam pertandingan nasyid dan boria...
dalam pertandingan nasyid, sekolah kami memenangi sehingga peringkat negeri... 
mak ayah aku gigih memberi sokongan kat aku...
pertandingan tu kat segamat...
dalam pertandingan boria lak, sekolah aku cume berpuas hati di tempat kedua di peringkat negeri...
sekolah aku kalah kepada wakil Batu Pahat... sedih2...

masa darjah 6... aku menjadi ketua kelas... ketua persatuan agama islam...
ketua pengakap... ketua pengawas... ketua pasukan bola sepak...
aku wakil lam kuiz menulis karangan dan matematik masa tu...
menulis karangan aku kalah... tapi kuiz matematik aku menang... syukur sangat2...
boleh dikatakan, aku cukup famous la mase darjah 6 tu... ceh... geli jek...
tapi famous jek xguna... aku cuma dapat 3A 2B dalam UPSR... 

banyak kenangan manis yang aku lalui masa aku belajar di situ...
kenal ramai cikgu, ramai kawan...
dan lagi best, aku cukup popular, bukan sahaja di sekolah aku... tapi di sekolah lain jugak... :P

6 November 2011

My First Story...

nama diberi Muhamad Afid Izzuddin bin Yusof... 
nama pendek Apit... 
ada certain orang panggil Apid... tak kisahlah... yang penting, sebutannya sama kan...
aku dilahirkan di KL... dan dilahirkan pada 24/9/1990 sebenarnya...
tetapi ada sedikit masalah di KL, jadi aku telah didaftarkan lahir pada 26/9/1990 di Hospital Tangkak...
dan aku terus dicop anak jati Tangkak... sehingga hari ini...

ketika umurku berusia baru mencecah 4 hari, ayahku yang bekerja sebagai polis, telah ditukarkan dari KL ke Batu Pahat, Johor...
tinggallah aku di Batu Pahat sehingga umurku mencecah 2 tahun...
apabila aku berusia 2 tahun, aku telah ditinggalkan oleh mak ayah aku di kampungku yang terletak di Kampung Anjung Batu, Tangkak...
tok mak & tok bah, menjadi teman zaman kecilku...
aku dibesarkan cara kampung... lasak dan ganas...
membesarlah aku di kampung sehingga umurku mencecah 6 tahun...
no wonder lah aku telah menjadi cucu kesayangan tok mak & tok bah ku...
Apit sentiasa sayang tok mak & tok bah...
terima kasih kerana sudi menjaga dan membesarkan Apit sejak kecik...
Apit minta maaf kalau Apit pernah ter'nakal' dulu... hahaha!!!

6 tahun... aku telah dimasukkan ke Tabika dan Taska...
terima kasih mak... terima kasih ayah...
kerana tidak jemu mendidik Apit untuk menjadi insan yang berguna...
terima kasih mak... terima kasih ayah... 
kerana tidak jemu memberi Apit segala ilmu dan bimbingan...
terima kasih mak... terima kasih ayah... 
kerana tidak jemu melayan karenah Apit masa kecik dulu... 
terima kasih mak... terima kasih ayah...
kerana tidak jemu menjaga makan minum Apit sejak kecik lagi...
tanpa mak & ayah, siapalah Apit...
terima kasih mak... terima kasih ayah...