25 January 2012

apabila wifi menjelma

salam.
hai semua.
arini ari rabu.
pukul 6.38 petang.

aku saje jek nak menaip cite ni.
coz aku xtau nak watpe di petang hari kat kota ni.
lau kat tangkak, konpem aku akan kuo main bola bersama kawan2.

oke, mari kembali kepada topik yang ingin aku citekan.


aku nak bercerita tentang wifi.
iye.
wifi.
uma aku da ade wifi.


alhamdulillah.
pasni, aku xdela tertumpu pd 1 keje jek.
xdela aku duduk melango tgk tv dari pagi sampai ke petang.
bukan aku nak mengadap fb 24jam.
tp, dapatla aku berhubung gan dunia luo.
maklumla.
bile cuti ni, aku xrajin nak kuo uma.
dan aku xsuke kuo uma.


dapatla aku tunjukkan pd mak aku, fb aku.
blog aku ni pun, mak aku nak tengok.
pic kawan2 lam album fb pun nak tgk.
*tengokla mak*
*tuk mak, sume apit sanggup wat*


comey kan mak aku.
alhamdulillah.
aku dikurniakan sowg mak yang begitu baik dan comel.
heeee.


orang wifi tu datang pas aku selesai menunaikan solat asar.
baru jek nak baca buku pemberian kawan.
*knock! knock!*
pintu uma ku diketuk dari luo.
upenye orang wifi datang.


dowg pun pasang la.
aku yang xtau pape sal teknologi camtu, juz duk terdiam jela.
perhatikan dowg bkeje.
oke. nampak susa pd aku.
tp senang pd dowg.
good job abang wifi.


pasni, gan kehadiran wifi ni.
dptla aku sentiasa meng-update- blog aku ni.
dapatla aku improve skill blogging aku ni kan.
terima kasih wifi.
terima kasih mak.
terima kasih ayah.
SYUKRAN YA ALLAH.

22 January 2012

aku sayangkan panther

salam.
hai semua.
selamat pagi.

pagi ni, tepat pukul 7.15 pagi.
last day aku kat puncak alam sebagai student sem 3.
macam sedih bunyinye kan.
tapi pada aku, memang sedih.

aku taip tajuk ni, sebagai blog yang terakhir sebelum aku meninggalkan puncak alam jap lagi.

pagi ni, selepas aku menunaikan solat subuh.
kebiasaannya aku akan berdoa.
sangat panjang.
dan kebiasaannya, ketika aku berdoa.
panther akan memanjat ribaanku dan baring diatas ribaan ku.
tapi pagi ni, panther tiada.
aku rase janggal coz aku selalu manja2 gan panther setiap kali lepas subuh.
aku selalu berborak2 dan berbual2 gan panther setiap kali lepas subuh.

panther.
sepanjang aku cuti sem ni, selama 6 minggu ni.
panther jaga diri baik2 ye.
jaga ringgo baik2 gak lau panther ada jumpe die kat mane2.
panther, ko kucing jantan.
so, ko kena kuat.
tuk melindungi ringgo si kucing betina.
panther, ko kena rajin gak oke.
carik makanan tuk diri ko sendiri.
pasni aku dan kawan2 aku, xde kat uma sewa tu lagi.

panther.
aku akan rindukan saat aku mandikan ko.
aku akan rindukan saat aku bermanja gan ko lepas subuh.
aku akan rindukan saat aku dengki ko tido.
aku akan rindukan saat aku melihat ko bersungguh2 makan whiskas.
aku akan rindukan saat aku melihat ko berusaha menghilangkan dahaga.
aku akan rindukan ko panther.

aku harap, lau ade kesempatan, sem depan, aku dapat berjumpa dengan ko lagi panther.
lau aku ade kete, konpem aku akan bawak ko balek johor panther.


*ni la panther saya*

be gentleman

be gentleman
don't approach her
approach her wali
BUT
be gentleman 
ALSO
should make a backward move
if 'she' is with someone else

12 January 2012

Aku Blogger yang Noob

salam.
hai semua.
malam ni aq nak cakap pasal diri aq.

oke.
skang ni aq sedih.
aq noob gile lam berblogging ni.
kowg yang bace ni pun dapat asekan.
blog aq ni kosong.
xde pape.

first, coz aq ni newbie lam dunia blogging ni.
tu memang aq akui.
aq budak baru.
xsampai 3 bulan pun aq involve lam dunia ni.
aq masih mentah.

second, coz aq xpandai menggunakan teknologi.
aq xpandai nak godek2 benda2 lam blog ni.
aq takot jadik len lak kang.
aq takot salah buat lak kang.
so, aq biakan jela blog aq ni kosong xde penyeri.

third, coz aq ni lemah lam english.
so, pape menatang yang die tulis tuk instruction tu, aq xpaham pn.
ni pengakuan ekslusif taw.
aq xtau nak watpe lagi tuk menceriakan blog aq ni.

so.
sampai arini, blog aq masih kosong.
kadang2 aq jeles gak.
blog kawan2 aq sumenye lawa2.
ad gambar.
ad lagu.
ad katun2.
aq punye blog?
hampeh.

okela. 
aq xnak kutuk diri sendiri lagi.
selamat malam.
salam.

11 January 2012

Saham Akhirat

salam.
hai semua.

malam ini, aq terbangun lagi.
sejak kebelakangan ini, aq sering terjaga malam.
mungkin Allah sengaja membangunkan aq.
agar aq dapat menunaikan solat sunat terhadapNya.
agar aq dapat mengumpul sebanyak mungkin ganjaran pahala daripadaNya.

terdetik hatiku.
apakah cukup amalanku di dunia ini?
agar ku mampu memperolehi ganjaran syurga Allah di sana.

semoga aq terus mampu beristiqamah lam menunaikan segala kewajipan sebagai seorang Muslim.
semoga aq mampu menjadi seorang Muslim yang produktif.
sekurang-kurangnya, akan ada sedikit amalan yang akan ku bawa sebagai bekalanku di sana kelak.

10 January 2012

Andai Aku Tiada Satu Hari Nanti

salam.
hai semua.
ini adalah blog ke-3 ku tuk malam ini.
oleh kerana aku tiada sesiapa tuk dijadikan tempat meluahkan perasaan.
aku jadikan medium ini tuk aku melepaskan segala yang terbuku di hati.

ya Allah.
aku selalu mengadu segala masalahku terhadapMu, ya Allah.
aku malu di depanMu, ya Allah.

berilah peluang kepada hambaMu ini tuk meninggalkan secebis ingatan terhadap
insan2 yang ku sayang di dunia ini.
kepada sesiapa yang terbaca blogku ini.
sekiranya aku pergi buat selamanya dari dunia ini.
sampaikanlah segala ayat dari blog ini terhadap keluargaku.

aku pergi mungkin bukan sebagai lelaki yang baik.
tetapi aku pergi sebagai seorang lelaki yang bertaubat.
sedekahkan la sepotong surah al-Fatihah kepada ku ini.

mak ayah.
jangan bersedih.
kita akan berjumpa lagi di sana.
terima kasih kerana mengajar apit menjadi anak yang baik selama ini.

ina, ira, kila.
jangan menangis.
abang da cube jadi abang yang terbaik tuk kamu semua.
maafkan abang sekiranya abang gagal membimbing kamu semua ke jalan Allah.
abang da cube yang terbaik.

kawan-kawan semua.
jangan bersedih.
terima kasih kerana sudi menjadi teman di saatku berduka.
terima kasih kerana sudi menjadi teman di saatku bergembira.
maafkan segala salah silapku andainya aku pernah melukakan hatimu.

urm. 
sape lagi ek?
teman istimewa?
aku xde teman istimewa.
 coz aku pegang cara Islam.
bercinta pas kawen adalah lebih indah.
so.
xde lagi la.

so, sampai disini sahajalah blog ke-3 ku pd malam ini.
sekian.

ya Allah.
aku rindu terhadapMu.


Setiap Kesakitan adalah Penghapus Dosa

salam.
hai semua.
malam ni agak ter'rajin' ckt nak menulis blog.
coz jap lg nak tengok bola, sambil tunggu waktu subuh.
oke, let's proceed.

mengapa aku pilih tajuk
SETIAP KESAKITAN ADALAH PENGHAPUS DOSA

sejak kebelakangan ini.
dadaku sakit.
paling teruk adalah ketika final semester ke-3 ni.
ketika aku menjawab soalan QMT425.
lam sepanjang aku dalam dewan peeriksaan tu.
aku menahan pedih di dada.
hingga berpeluh2 aku menahan pedih tu.
aku gagahkan jua tuk menjawab soalan final tu sehingga abis.
coz aku nak capai DL sem ni.
so, paper ni la permulaannya.

dadaku mula sakit sejak aku form 6 lagi.
sampai skang aku masih xtau, apakah sakit tu.
aku tak pernah menceritakan hal ni pd mak ayah aku.
aku xnak mak ayah aku risau keadaanku disini.
cukupla aku da susakan mak ayah sejak kecik lagi.
aku mula belajar berdikari sejak janggut pertama aku tumbuh.
masa aku form 3, aku da mula berdikari.

oke, berbalik kepada ceritaku td.
sepanjang semester ke-3 ni.
suda beberapa kali aku telah diserang sakit dada yang pelik tu.
semalam, 9 januari 2012.
setelah aku pulang dari shah alam.
dadaku diserang sakit pelik tu lagi.
sampai jek di rumah sewaku, aku terus baring.
sakit.
aku menahan sakit tu.
sepanjang masa tu, aku dapat rasa, bahawa Allah itu dekat denganku.
setelah hampir sejam aku menahan pedih kesakitan itu.
aku tertido kepenatan setelah penat menangis keseorangan.
aku menangis sepanjang perjalanan pulangku dari shah alam ke puncak alam.
kemudian aku teringat kata2 seorang ustaz di sekolahku dulu.
setiap kesakitan adalah penghapus dosa.
kalau benar ya Allah.
berilah lagi kesakitan itu terhadap hambaMu ini ya Allah.
aku tidak akan mengeluh lagi terhadap 'nikmat' Mu itu ya Allah.
sucikanlah segala dosa hambaMu ini ya Allah.
sebelum ku ditakdirkan menyahut panggilanMu.

Aku Ingin Berubah.

salam.
hai semua.
da lame xupdate blog ni.
mmg agak berhabuk ye.
blog saya kali ini, bukan tuk menceritakan pasal sejarah idup saya lagi.
saya ingin menceritakan.
indahnya hidayah Allah.

jujur, saya ingin katakan disini.
saya bukan seorang lelaki yang baik.
tp setiap insan juga berhak untuk berubah kan.
alhamdulillah.
mungkin telah terbit sinar di dalam hati ini.
tuk kembali ke jalan yang diredhai Allah.

saya ceritakan bagaimana.
pada suatu malam, pertengahan semester ke-3 pengajian ku di UiTM.
aku tidak dapat melelapkan mata.
then, hatiku terfikir.
betapa luasnya alam semesta ciptaan Allah.
kemudian hatiku terfikir pula tentang kematian.
aku insaf.
meleleh air mataku masa tu.
sebab aku membayangkan, bagaimana keadaan aku di dalam kubur kelak?
adakah aku akan 'berehat' dengan aman?
adakah kuburku akan menjadi luas?
kemudian aku mula mengira2.
cukupkah amalanku tuk mendapat ganjaran syurga Allah?
tiba2 aku malu.
rasa kerdil sangat.
setiap nafas yang aku hirup sekarang ni, adalah nikmat Allah.
nikmat Islam adalah nikmat terbesar bagiku.
aku bersyukur.

aku bersyukur padaMu, ya Allah.
kerana telah memberi peluang kedua kepada hambaMu ini tuk kembali ke jalanMu, 
ya Allah.

aku tersedar.
setelah jauh aku mengelamun.
segera aku bangun dan mengambil wuduk.
aku melakukan solat taubat sepanjang malam, tanpa henti.
aku malu terhadapMu, ya Allah.
berilah hambaMu ini sedikit masa lagi tuk terus idup di dunia ini.
sekurang2nya berilah peluang kepada hambaMu ini, tuk menabur bakti, walau secebis sekalipun terhadap Islam.
berilah ihsanMu, ya Allah.
hambaMu berharap.
hambaMu berharap.
hambaMu berharap.