salam.
hai semua.
da lame xupdate blog ni.
mmg agak berhabuk ye.
blog saya kali ini, bukan tuk menceritakan pasal sejarah idup saya lagi.
saya ingin menceritakan.
indahnya hidayah Allah.
jujur, saya ingin katakan disini.
saya bukan seorang lelaki yang baik.
tp setiap insan juga berhak untuk berubah kan.
alhamdulillah.
mungkin telah terbit sinar di dalam hati ini.
tuk kembali ke jalan yang diredhai Allah.
saya ceritakan bagaimana.
pada suatu malam, pertengahan semester ke-3 pengajian ku di UiTM.
aku tidak dapat melelapkan mata.
then, hatiku terfikir.
betapa luasnya alam semesta ciptaan Allah.
kemudian hatiku terfikir pula tentang kematian.
aku insaf.
meleleh air mataku masa tu.
sebab aku membayangkan, bagaimana keadaan aku di dalam kubur kelak?
adakah aku akan 'berehat' dengan aman?
adakah kuburku akan menjadi luas?
kemudian aku mula mengira2.
cukupkah amalanku tuk mendapat ganjaran syurga Allah?
tiba2 aku malu.
rasa kerdil sangat.
setiap nafas yang aku hirup sekarang ni, adalah nikmat Allah.
nikmat Islam adalah nikmat terbesar bagiku.
aku bersyukur.
aku bersyukur padaMu, ya Allah.
kerana telah memberi peluang kedua kepada hambaMu ini tuk kembali ke jalanMu,
ya Allah.
aku tersedar.
setelah jauh aku mengelamun.
segera aku bangun dan mengambil wuduk.
aku melakukan solat taubat sepanjang malam, tanpa henti.
aku malu terhadapMu, ya Allah.
berilah hambaMu ini sedikit masa lagi tuk terus idup di dunia ini.
sekurang2nya berilah peluang kepada hambaMu ini, tuk menabur bakti, walau secebis sekalipun terhadap Islam.
berilah ihsanMu, ya Allah.
hambaMu berharap.
hambaMu berharap.
hambaMu berharap.


0 comments:
Post a Comment