selepas SPM, aku kecewa.
dengan result 5A 7B, aku cukup2 kecewa.
sasaran aku untuk menyambung pelajaran dalam Bahasa Arab di Mesir tidak kesampaian.
aku hanya memperolehi B3 untuk Bahasa Arab Tinggi.
oke. memang sedih.
ketika permohonan UPU dibuka, aku langsung tiada semangat untuk mengisinya.
aku seperti hilang punca ketika itu.
aku cuma fokuskan kepada cita-cita aku, iaitu CIKGU.
aku telah meletakkan MATH dan BI sebagai target aku untuk menjadi seorang cikgu.
oke. memang murni niat aku ni kan.
aku memang suka mengajar orang.
dan suka belajar.
suatu hari, aku menerima sepucuk surat.
mengatakan bahawa aku terpaksa menghadiri 1 temuduga di Johor Bahru.
temuduga untuk menjadi cikgu.
sehari sebelum pergi ke temuduga, mak, ayah dan aku same2 wat solat hajat, agar temuduga aku akan diterima.
aku terharu masa tu.
apit tetap akan ingat segala jasa baik mak ayah. selamanya.
ketika temuduga, temuduga utuk cikgu MATH.
aku berjaya menjawab segala pertanyaan panel juri kerika itu.
tapi, selepas ditemuduga, salah seorang daripada panel juri sempat bercakap.
mereka akan lebih mengutamakan pelajar lepasan STPM,
bukan SPM.
ni yang watkan aku semakin sedih.
segala usaha aku selama ni, seperti menemui jalan buntu.
aku memang down masa ni.
ketika aku bersedih itu, mak ayah la yang selalu memberi semangat kepada aku.
lagi sekali, aku menerima surat tawaran masuk ke UiTM Perak.
kursus Pengurusan Ladang.
oke. fine. aku memilih kot masa tu.
xbaik kan aku. tapi ape yang aku wat tu memang tol.
watpe aku nak belajar benda yang aku xminat?
betol x ape yang saya cakap ni?
aku tolak tawaran tu.
akhir sekali, tawaran kemasukan ke Tingkatan 6.
aku terima gan penuh rasa sedih, suka, gembira, terkilan.
macam2 la.
aku dimasukkan ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Tun Mamat.
sekolah lama aku lagi.
so, bila da masuk form 6 tu, ramai gak cikgu yang terkejut melihat aku.
oke cikgu. maaf. saya da kecewakan cikgu, dan diri saya sendiri.
maaf sangat2 cikgu.
masa awal2 form 6 ni la, ayah aku ditukarkan ke Daerah Kota Tinggi.
mak aku ikot.
adek aku, ina, ira n ila, sumenye ikot.
aku? xikot.
aku stay. aku nak abiskan STPM dulu.
baru aku ikot pindah.
so, dudukla aku membujang di rumah yang mak ayah aku beli di Taman Mega Ria.
kat Tangkak tu.
aku mula idup berdikari.
aku mula belajar memasak. oke. aku memang gigih masa tu.
juz tuk belajar masak nasi goreng.
memalukan la ko ni pit woi.
masak nasi goreng, tapi makan masa hampir setengah jam. huhu.
oke. sambung cite balek.
ustaz2 di sekolah aku meminta aku mengambil
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
di Maahad Segamat. tapi aku xnak.
aku xnak jumpa Bahasa Arab lagi tuk waktu tu.
aku malu nak jumpa gan Bahasa Arab masa tu.
ketika sesi pemilihan pengawas di sekolah tuk sesi tahun akan datang.
guru disiplin telah datang berjumpa dengan aku.
tawaran untuk menjadi ketua pengawas, aku tolak dengan baik.
aku jawab macam ni
'cikgu, saya da terlalu lama di atas.
jadi biala owang lain lak yang merasa'
aku tau banyak tanggungjawab tuk menjadi ketua pelajar ketika itu.
aku da lali dengan tugas2 memimpin sume tu.
jadi, aku decide.
aku xnak memegang pape lagi jawatan lepas ni.
masa aku form 6, macam2 benda aku lalui.
minggu orientasi selama seminggu.
memang bes. dulu aku ada banyak gambar ketika orientasi.
tapi aku da terbuang sejak masuk UiTM ni. huhuhu.
Persatuan Tingakatan Enam atau singakatannya PERTINA.
Aku telah dipaksa menjadi Pengerusi PERTINA untuk sesi 2008/09.
macam2 program kitowang wat.
Program Pra-U bersama2 sekolah lain.
Menganjurkan Program 'Jom Masuk U'.
Sukan PERTINA daerah Ledang.
Terlibat dalam aktiviti kemerdekaan di Dataran Ledang.
Paling best, lawatan ke Bangunan Parlimen Malaysia.
pakai kot, memang smart abis la.
dan ketika itulah, badge form 6 aku mula diberi pengiktirafan.
kami setaraf dengan pelajar lepasan Diploma.
oke. memang aku sangat suke di situ.
sekolah aku turut membuat perancangan untuk membina
sebuah bangunan khas untuk form 6.
dijangka siap menjelang 2013.
memang aku xdapat merasa.
tapi aku tetap rase bangga.
MUET. mimpi ngeri tuk setiap pelajar STPM.
dapat pointer 4 flat lawa mane pun, lau MUET hancur, xguna gak.
daripada 150+ pelajar STPM di sekolah aku, hanya 5 pelajar yang memperolehi Band 3 ke atas.
Band 3 ni dianggap lulus la.
aku antara 5 pelajar tu.
BANGGA WEYH!
2 melayu, 2 cina dan 1 india.
sape cakap melayu xleh compete gan bangsa asing?
aku da buktikan melayu bole compete gan bangsa asing.
mark MUET aku juz 4 lagi tuk ke Band 4.
memang sedih sikit mase tu.
tapi xsedih sangatla lau nak dibandingkan dengan mark pelajar2 lain kan.
pointer aku pulak tersenarai dalam Top 10.
masa ni time trial la.
cuak gak masa trial tu.
dan masa STPM hampir dekat.
aku tetap maseh tak berubah.
aku tak study.
pe la nak jadik gan ko ni pit.
tapi, Alhamdulillah.
aku berjaya menduduki exam STPM gan penuh tenang.
berkat doa mak ayah aku dari jauh.
tiap2 ari aku minta restu dan doa daripada mereka berdua.
tanpa mereka, siapala aku skang ni.
dan ketika mengambil result STPM.
aku terkejut, kerana pointer aku melebihi target aku.
aku memperolehi 3.45 ketika itu.
ketiga tertinggi di sekolah aku.
dalam kategori lelaki, aku kedua tertinggi.
dalam kategori pelajar melayu, aku tertinggi.
Alhamdulillah.
orang pertama aku btau, mak aku la.
sape lagi kan.
aku wat2 ayat sedih mule2. heee.
mak aku pun tanya la result teruk ke?
aku cume jawab aku sedih.
oke. mak aku pikir aku gagal la tu.
mak aku pun tenangkan la aku.
tapi, then, aku cakap la.
aku sedih coz xde mak ayah di saat aku berjaya.
oke. memang aku menangis masa telefon tu.
masa aku taip cite ni pon, bile ingat balek cite ni.
aku nangis, sebak.
terharu gan pengorbanan mak ayah aku selama ni.
ada masa t, aku akan selitkan pic mak ayah aku kat blog ni.
tu janji aku.
aku mampu wat mak ayah aku bangga.
aku mampu wat hajat ayah aku tertunai.
nak menghantar anak sendiri masuk U.
aku mampu membuat mak aku tersenyum.
buktinya, aku ada pic ketika aku masuk ke U.
mak aku memang tersenyum.
senyuman tu la yang apit nak tengok dari mak.
*maaf. cite ni memang sedih sikit.
*aku ni walaupun laki, tapi aku tetap ada hati dan perasaan.
*so, xsala kan lau aku nak ber-emo camni.
nukilan ikhlas daripada
Muhamad Afid Izzuddin bin Yusof
0 comments:
Post a Comment